Tuesday, 15 November 2016

Seorang yang susah nak cakap "TIdak"

Bismilah..
Salam..

itu la ⇑ kelemahan aku yang aku kena tempoh setiap hari..
Kadang2 dibuli2 dan org ambil kesempatan..

Aku mmg personali baik...ehem.ehm..
aku bukan mudah nk bantah kata org..
aku xpandai melawan..
aku sampai benci ngn sikap penakut xbertempat aku ni..

atas sbab pe penakut ntah..
dari dulu aku xsuke bergaduh ngn org..
xpandai melawan ckp mak n abh...(kan aku ckp aku baik)
aku xpandai berdebat ngn org..


akhirnya 16/11/16 - menjadi sejarah..aku marah org..
padan muka ko..

rasakan..mak ko hijo

Tuesday, 11 October 2016

.::Ajar orang sampai faham supaya kerja mudah::.

Bismillah..Salam..

Pernah tak mengalami situasi mcm di atas..
Aku?? selalu mengalaminya...
Aku ajar bukan bermaksud aku ni berlagak pandai ke apa..
Aku ajar supaya senang kerja aku..
Aku ajar supaya aku xpayah nk adjust kerja org dah..

Pernah tak korg rasa ko dah ajar org tu berpuluh kali dan org tu xphm-phm..atau senang ckp dia xtau...Angin kan..
So aku ade idea lain..Untuk memudahkan koje aku..aku nk train sorg ni sampai paham supaya dia boleh ajar org lain jugak..hopefully.
Jgn dia kedekut ilmu sudah..

Aku bukan Pro pun cuma mungkin aku biasa guna jd aku bayk tau..
Ade jugak bnda dalm system ni aku tak tau dan aku tak malu nk tnya org..
Biasa aku akn tanya kak masyi...klw kak masyi xde aku tnya bos..kak Azie..klw dua2 xde aku terus cll consultant walaupon bnda tu bnda kecik..
Ko jgn meremehkan bnda kecik..sbb benda kecik la boleh jd besar..

Aku jenis kena tnya terus..aku xske simpan dulu/kumpul dlu soalan nnt tnya sekali..sbb lepas bersalin ni phm2 le memori byk hilang..kihkih..jd settle kn secepat mungkin...



Friday, 30 September 2016

.::Acute Tonsilitis::.

Apa itu radang tonsil atau tonsillitis?

Tisu limfoid adalah sebahagian daripada sistem kelenjar limfatik diseluruh tubuh dan kawasan usus yang boleh membengkak sekiranya ada jangkitan. Sebagai contoh kelenjar limfatik di leher, boleh membengkak sekiranya terdapat jankitan di dalam mulut misalnya. Pembengkakan ini adalah reaksi kepada jangkitan untuk menghasilkan lebih banyak sel untukmelawan penyakit.

Oleh itu, apabila terdapat jangkitan di dalam tekak, sebagai salah satu sistem limfatik, tonsil ini akan menjadi bengkak dan menjadi radang yang disebut tonsilitis atau radang tonsil.

Apakah penyebab dan gejala radang tonsil?

Tonsilitis boleh disebabkan oleh jangkitan virus ataupun jangkitan bakteria di dalam tekak. Jangkitan bakteria seperti streptococcus boleh menyebabkan tonsil bengkak dan bernanah. Jangkitan virus seperti Epstein Barr Virus, adenovirus atau measles boleh juga menyebabkan pembengkakan tonsil juga.

Antara gejala radang tonsil ialah :-
1. Sakit tekak yang kadang2 teruk
2. Tidak boleh menelan atau sakit apabila menelan
3. Demam yang kadang2 sangat tinggi
4. Sakit kepala dan sakit-sakit badan
5. Suara garau atau hilang suara
6. Kadang-kadang ada bengkak pada leher.
7. Mulut berbau busuk
8. Berdengkur waktu tidur

Gambar menunjukkan gambar tonsil yang bengkak dan kadang-kadang tumbuh keputihan seperti nanah pada tonsil.

Komplikasi Radang Tonsil

Radang tonsil biasanya berlaku di dalam umur 3 tahun ke atas. Kanak-kanak berumur 2 tahun ke bawah biasanya jarang terkena tonsil ini walaupun tidak terkecuali. Paling kerap adalah berumur di dalam lingkungan 5-15 tahun.

Yang sering menjadi masalah kepada ibu-bapa ialah anak yang kerap demam akibat tonsilitis. Adakalanya setiap 2 bulan ibu dan bapa akan datang ke klinik kerana masalah ini. Ini melibatkan kos ubat dan masa.

Oleh kerana umur yang kerap terkena adalah dari golongan umur persekolahan, ada anak-anak yang terpaksa mengambil cuti panjang daripada persekolahan kerana masalah ini. Ini menyebabkan anak-anak ketinggalan di dalam mata pelajaran dan menyebabkan keputusan peperiksaan tidak beberapa memuaskan. Anak yang sering sakit akan berasa rendah diri dan pertumbuhannya juga boleh terganggu.

Tonsilitis kebanyakannya tidak merbahaya. Ada kes terpencil jangkitan bakteria yang menyebabkan septicaemia atau kuman yang merebak ke dalam salur darah. Ada juga yang mengaitkan jangkitan tonsil ini dengan penyakit Acute glomerulonephritis (sejenis jangkitan buah pinggang) dan rheumatic fever (penyakit bawaan sejenis bakteria yang boleh menyebabkan masalah jantung).

"Sleep apneoa" atau penyakit berhenti bernafas semasa tidur boleh disebabkan oleh pembekakan tonsil yang sangat besar sehingga mengganggu pernafasan. Biasanya ia dikaitkan dengan tidur berdengkur dan kesukaran bernafas semasa tidur.

Perawatan Radang Tonsil.

Pada kebiasaanya, saya cuma memberi ubat lozenges atau hisap untuk meredakan kesakitan. Thymol gargle atau Difflam gargle juga boleh diberikan untuk mengurangkan keradangan dengan cara berkumur (bagi kanak-kanak yang boleh). Saya juga pernah terjumpa dengan kawan doktor yang memberikan peptidase atau papase untuk mengurangkan bengkak tonsil tetapi bagaimana effektifnya saya pun tidak pasti.
Ada juga yang memberi ubat tahan sakit seperti paracetamol atau ibuprofen untuk tujuan menahan sakit.
Ubat antibiotik akan diberikan sekiranya tonsil itu disebabkan oleh jangkitan bakteria. Biasanya antibiotik yang diberi ialah dari jenis penicillin seperti amoxycillin atau ampicillin. Kadang-kadang saya juga memberi antibiotik dari jenis cephalosporin atau erythromycin. Saya amat jarang memberi antibiotik bertenaga nuklear seperti Zithromycin atau Augmentin kerana saya mengamalkan prinsip memberi antibiotik yang sederhana dahulu sebelum memberi yang kuat.
Pembedahan membuang tonsil atau tonsillectomy adalah jalan terakhir untuk mengelakkan radang tonsil daripada berulang-ulang. Ada pendapat pakar yang menyatakan bahawa membuang tonsil boleh mengurangkan sedikit sistem pertahanan badan. Oleh hal yang demikian, pembuangan tonsil perlu dilakukan secara berhati-hati.

Untuk tujuan itu, anda terpaksa berjumpa dengan pakar ENT untuk pakar membuat keputusan membuang tonsil. Pakar ENT mempunyai kaedah-kaedah dan perkara2 yang perlu diteliti sebelum pembedahan dilaksanakan dan pesakit perlu memenuhi kriteria-kriteria tertentu seperti jangkitan tonsil yang kerap seperti 3 episod jangkitan setahun selama 3 tahun berturut-turut dan beberapa kriteria lain. Pembedahan adalah singkat dan biasanya anak-anak cuma duduk selama 2-3 hari di dalam wad sebelum dibenarkan pulang selepas pembedahan sekiranya tiada demam dan tiada pendarahan.

.::Kembali Bekerja::.

السلام عليكم

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ


Kembali bekerja selepas hampir seminggu bercuti....Holiday??Nooo...
Khalish demam panas..suhu 38>39 dan pernah mencecah 39.8...WOww..
Tinggi gila kan...Jenuh la tak tido jelum kepala n lap badan khalish.

Biasanya klw khalish demam bila lap2 badan dan jelum kepala dan bagi ubat mesti akan turun suhu nya..tp kali ni trun tapi masih suhu 38++

xke ibu ni risau sgt..khalish sampai mengigil demam kali ni...
Allahuakhbar...ibu ni ape lagi...nangis .la...(hoho..saya ta kuat awak)

hampir setiap hari pergi klinik n hospital..request untuk amik darah tapi doctor kata xcukup 3 hari xboleh detect sakit apa..

lastly Khalish kena Acute Tonsillitis after 3days check up


Tuesday, 23 August 2016

.::Anak sedara lagi::.

Bismilah...
Salam,,

Hmm 24/8/2016  Alhamdulilah baru dapat tahu abg suami bru mendapat zuriat yg kedua...Its boy!!!
Tahniah..semoga anak itu menjadi anak yg soleh...Amin..